Kekeliruan MRSM Bitara dan MRSM PKP Maktab_Rendah_Sains_MARA

Terdapat pelbagai kekeliruan berhubung status MRSM Bitara dan MRSM PKP. Antaranya:

  • MRSM bitara seperti Tun Ghafar Baba, Taiping dan Pengkalan Chepa. Untuk memperoleh taraf Bitara, sekolah tersebut perlu berada dalam kedudukan 3 sekolah terbaik SPM untuk MRSM selama 3 tahun berturut-turut.
  • Bitara = Program Khas Pendidikan Tingkatan 4 dan 5 sahaja
  • Bitara ada 6 = TGB, Taiping, TDI, Kuantan, Pengkalan Chepa, Langkawi.
  • MRSM Bitara = TGB, Taiping, Pengkalan Chepa PKP = Kuantan, Langkawi, TDI, TGB, Taiping, Pengkalan Chepa Bitara = MRSM yang hanya ada Tingkatan 4 and 5 sahaja and PKP adalah MRSM yang mendapat "top 5 SPM" bagi setiap tahun. 

Maksud sebenar MRSM Bitara dan MRSM PKP(Program Khas Pendidikan)

Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah).MARA (BPLM) telah melakukan inovasi dalam sistem pendidikan MRSM di samping mengambil input yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara inovasi yang diperkenalkan oleh BPM dalam sistem pendidikan MRSM ialah dengan mengambil dan mengadaptasi model pendidikan pintar cerdas (gifted) iaitu Schoolwide Enrichment Model (SEM) yang diperkenalkan oleh Joseph Renzulli (1988) supaya selari dengan keperluan sistem pendidikan Malaysia yang bersandarkan Falsafah Pendidikan Negara. (Prospektus MRSM/ Kolej MARA, 2000 dan MARA, 2001).

MRSM yang menjalankan program SEM dikenali sebagai MRSM BITARA atau MRSM PKP yang menjalankan Program Khas Pendidikan. Hal ini sekali gus menjadikan MRSM lain yang terdapat dalam sistem pendidikan MARA dikenali sebagai MRSM Bukan BITARA (MRSM BB). Pengenalan konsep MRSM BITARA merupakan satu gerak usaha yang strategi untuk mempertingkat keberkesanan dan produktiviti MRSM sebagai pusat pembangunan insan dan sumber manusia Bumiputera yang “unggul” serta “terbeza” (Prospektus MRSM/ Kolej MARA, 2000).

MRSM yang terpilih menjadi MRSM BITARA/PKP ialah:

  • Tun Ghafar Baba
  • Taiping
  • Pengkalan Chepa

Rujukan

WikiPedia: Maktab_Rendah_Sains_MARA http://www.agendadaily.com/Eksklusif-Bersama/ada-c... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/selebriti... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/daulat-s... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.mykedah2.com/20hall_fame/206_14.htm http://malaysiakita.tripod.com/mrsm.html http://www.hmetro.com.my/node/220421 http://www.kangaroomath.com.my/product/math-olimpi... http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=02... http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/...